Rancangan Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Paul Stephenson, Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan, berkata bahawa komplot ini dipercayai bertujuan untuk memusnahkan sehingga 10 buah kapal terbang semasa dalam penerbangan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat melalui komponen-komponen yang dibawa dalam bagasi tangan penumpang-penumpang. [4] Menurut laporan berita, pesawat-pesawat daripada United Airlines, Continental Airlines, British Airways, dan American Airlines yang bertolak dari Heathrow dan Gatwick ke Bandaraya New York, Washington, D.C., Miami, Los Angeles, dan San Francisco merupakan pesawat-pesawat yang disasarkan. [5] Laporan-laporan kemudian menyatakan bahawa orang-orang yang disyaki itu masih belum membeli sebarang tiket tetapi hanya mempertimbangkan penerbangan-penerbangan itu sebagai sasaran mereka. Gordon Corera, wartawan keselamatan BBC, berkata bahawa komplot ini dipercayai melibatkan satu siri "gelombang" serangan serentak yang menyasarkan tiga buah pesawat setiap kali. [4] Laporan-laporan terhadap bilangan pesawat yang terlibat berbeza-beza antara tiga hingga sepuluh buah. [6] Setiausaha Chertoff dari Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat merujuk kepada "pesawat komersil berbilang" dalam siaran akhbarnya. [7]

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...